AI TikTok Video Generator untuk Content Affiliate
AI TikTok video generator ialah software yang menggunakan AI untuk membantu menghasilkan video TikTok. AffiliateBot bermula daripada link produk TikTok Shop: maklumat produk sebenar dianalisis, kemudian AI menulis hook dan skrip sebelum apa-apa imej dijana.
Imej permulaan dan video dijana dalam Google Flow, melalui tab Chrome yang anda sendiri login. Jika anda mahu menyemak video dahulu, mode Video Only berhenti sebelum posting.
Apa Itu AI TikTok Video Generator?
AI TikTok video generator ialah software yang menggunakan AI untuk membantu menghasilkan video TikTok. AI boleh membantu pada beberapa peringkat: memahami produk, menentukan hala tuju kreatif, menulis hook dan skrip, menjana imej, dan menjana klip video.
Cara kerjanya bergantung kepada produk dan tools yang digunakan. Sesetengah generator hanya menukar satu prompt teks kepada klip. Yang lain, seperti AffiliateBot, membina prompt itu sendiri daripada maklumat produk sebenar, kemudian menggunakan tools penjanaan video pihak ketiga untuk menghasilkan klip.
Halaman ini menerangkan peringkat penjanaan video sahaja. Untuk gambaran keseluruhan workflow, baca panduan TikTok Affiliate automation. Untuk menjalankannya sendiri dari persediaan hingga semakan, ikuti cara automate TikTok Affiliate langkah demi langkah.
Bagaimana Link Produk Menjadi Video?
Setiap video melalui lapan peringkat berikut. Label pada setiap peringkat menunjukkan siapa atau apa yang menjalankannya.
- Link ProdukTikTok Shop
- Data ProdukDibaca extension
- Product IntelligenceAnalisis AI
- Hook + SkripAtau storyboard
- First FrameImej Google Flow
- VideoGoogle Flow
- SemakanJika API key sendiri
- SimpanReview / post
- Anda
Paste link produk dan pilih mode
Masukkan link produk TikTok Shop dalam side panel, pilih mode video dan sumber hook. Anda juga boleh tetapkan berapa video dijana bagi setiap link; setiap video diberi angle content yang berbeza.
- Content script
Maklumat produk dibaca
Extension membuka halaman produk dan membaca tajuk, harga, penerangan, gambar, nama seller, rating dan bilangan review.
- AI
Product Intelligence
AI membaca maklumat itu bersama gambar utama produk, lalu merumuskan identiti produk, target audience, USP, konteks penggunaan dan watak yang sesuai.
- AI
Hook, skrip atau storyboard
Hook dipilih atau ditulis mengikut sumber yang anda tetapkan. Bergantung kepada mode, AI kemudian menulis dialog, skrip penuh atau storyboard beberapa segmen.
- Extension · Google Flow
First frame dijana
Extension melampirkan gambar produk sebagai reference dalam Google Flow, menaip prompt imej, dan menunggu imej permulaan siap.
- Extension · Google Flow
Video dijana daripada first frame
Imej itu dipilih sebagai frame permulaan, prompt video ditaip, dan Google Flow menjana klip. Mode yang lebih panjang menjana beberapa klip.
- AI
Semakan relevan
Jika anda menggunakan API key AI sendiri, satu frame daripada video siap disemak oleh AI untuk memastikan ia masih menunjukkan jenis produk yang sama. Jika jelas tersasar, job ditanda gagal dan video itu tidak dipost. Semakan ini tidak dijalankan apabila anda menggunakan token AffiliateBot.
- Service worker
Video disimpan
Video disimpan dalam browser dan satu salinan ke folder Downloads. Dari sini, Video Only berhenti manakala Full Pipeline meneruskan ke posting.
Product Intelligence: Analisis Produk Sebelum Video
Product Intelligence ialah langkah di mana AI membaca maklumat dan gambar produk sebenar, lalu menghasilkan rumusan berstruktur yang menjadi asas kepada hook, skrip dan prompt visual.
- Tajuk produk
- Harga
- Penerangan produk
- Gambar utama produk
- Nama seller
- Rating dan bilangan review
- Identiti produk
- Apa produk itu, fungsi utama, kategori, saiz fizikal dan cara ia dipegang atau digunakan.
- Target audience
- Siapa pembeli utama dan tiga masalah yang mereka hadapi.
- USP
- Kelebihan utama, kelebihan sokongan, manfaat emosi dan idea demo visual.
- Konteks penggunaan
- Lokasi, senario penggunaan dan masa yang sesuai untuk digunakan.
- Watak
- Cadangan presenter yang sesuai dengan produk: jantina, lingkungan umur, pakaian dan nada suara.
Bezanya dengan menaip prompt generik ke dalam video generator: prompt generik menghasilkan video tentang kategori produk, manakala analisis ini mengikat hook, dialog dan visual kepada produk yang khusus — masalah pembelinya, kelebihannya dan cara ia digunakan.
AffiliateBot tidak membaca jumlah jualan, stok atau kadar komisen produk. Rumusan disimpan sementara, jadi beberapa video bagi produk yang sama tidak mengulang analisis. Jika analisis gagal, penjanaan diteruskan dengan prompt asas.
Hook, Skrip, Dialog dan Storyboard
Hook mempunyai empat sumber yang anda pilih dalam side panel. Skrip, dialog dan storyboard pula ditentukan oleh mode video.
Empat sumber hook
Hook Library
AI memilih satu hook yang paling sesuai dengan produk daripada koleksi ratusan hook. AI hanya memilih; ayat hook digunakan tepat seperti dalam library dan tidak diubah. Hook yang menyebut harga atau peratus diskaun ditapis keluar.
Auto AI Tulis
AI menulis hook baharu berdasarkan analisis produk. Hook yang terlalu panjang, menyebut harga tertentu atau menyalin contoh akan ditolak dan ditulis semula.
Custom Hook
Anda menulis sendiri, satu ayat bagi setiap video. Sebelum batch bermula, side panel memaparkan ayat mana untuk video mana supaya anda boleh sahkan. Ayat itu ditambah sebagai teks semasa upload di TikTok Studio, bukan dilukis oleh AI, jadi ejaannya kekal tepat.
No Hook
Imej dan video dijana tanpa sebarang teks hook.
Skrip, suara dan caption
Dialog dan skrip
Untuk mode review, AI menulis dialog ringkas dalam Bahasa Melayu gaya percakapan Malaysia. Untuk mode 16 dan 24 saat, skrip penuh ditulis dahulu, kemudian dipecahkan kepada segmen.
Storyboard
Mode berbilang segmen merancang setiap segmen — apa yang ditunjukkan dan apa yang diucapkan — sebelum imej pertama dijana.
Suara
AffiliateBot tidak mempunyai enjin suara sendiri. Dialog dimasukkan ke dalam prompt video, dan audio dihasilkan oleh model video Google Flow. Sesetengah mode sengaja dijana tanpa dialog.
Caption dan hashtag
Dijana secara berasingan selepas video siap, dan hanya dalam Full Pipeline.
First Frame dan Reference Produk
First frame ialah imej permulaan yang dijana dahulu dalam Google Flow. Video kemudian dijana daripada imej itu, jadi rupa babak pertama — presenter, produk dan latar — ditetapkan sebelum video bermula.
Satu gambar produk dilampirkan
Extension memilih gambar listing yang paling sesuai dan melampirkannya dalam Google Flow sebagai reference bagi imej permulaan.
Tanpa reference, job dihentikan
Jika gambar produk tidak dapat disahkan terlampir, job itu dibatalkan dan tidak diteruskan dengan prompt teks sahaja.
Arahan kekalkan identiti produk
Prompt mengarahkan AI mengekalkan warna, bentuk, pembungkusan dan label produk seperti dalam gambar reference.
Watak sendiri (pilihan)
Anda boleh upload satu gambar lelaki dan satu gambar perempuan. Ia dilampirkan sebagai reference kedua. Jika gagal dilampirkan, job diteruskan dengan watak AI.
Had yang perlu anda tahu
- Pembungkusan, warna atau bentuk produk boleh berubah sedikit daripada gambar asal.
- Teks dan logo pada produk boleh menjadi kabur atau tersalah eja.
- Teks hook pada skrin juga boleh tersalah eja.
- Reference membimbing AI, tetapi bukan kunci yang menjamin produk dihasilkan semula dengan tepat.
Semakan automatik selepas video siap hanya dijalankan jika anda menggunakan API key AI sendiri, dan ia hanya memastikan jenis produk masih sama. Ia tidak menyemak label, warna atau varian, jadi semakan oleh creator tetap penting.
Bagaimana Google Flow Digunakan?
Google Flow ialah tools penjanaan imej dan video milik Google. AffiliateBot tidak menggunakan API Google Flow dan bukan integrasi rasmi Google; extension mengendalikan laman web Google Flow dalam Chrome anda.
- AffiliateBot
Menyediakan prompt imej dan prompt video berdasarkan analisis produk, hook dan skrip.
- Chrome extension
Bekerja dalam tab Google Flow yang anda login: menetapkan mode imej atau video, nisbah 9:16 dan bilangan output, melampirkan reference, menaip prompt dan menekan Generate.
- Google Flow
Menjana imej dan video menggunakan model Google, di bawah akaun Google dan kuota Flow anda sendiri.
- Chrome extension
Menunggu hasil siap — sehingga kira-kira empat minit bagi setiap klip video — kemudian memuat turun video.
Tempoh klip dan jenis penjanaan ditetapkan secara automatik mengikut mode. Penjanaan menggunakan kuota Google Flow akaun anda; jika Google Flow memaparkan notis had penggunaan, job dihentikan dengan mesej berkenaan. Seni bina extension, kebenaran Chrome dan privasi diterangkan dalam halaman Chrome extension TikTok Affiliate.
Mode Video dan Kawalan Kreatif
Mode menentukan format video, apa yang AI tulis dan berapa klip dijana. Enam kumpulan berikut mewakili format yang tersedia untuk semua lesen.
UGC Review
Presenter memegang dan memperkenalkan produk, dengan hook sebagai teks pada skrin. Termasuk varian TVC, POV dan Beauty; varian Beauty dijana tanpa teks pada skrin.
- Anda kawal
- Sumber hook. Untuk UGC Review Standard: jantina, lingkungan umur dan pilihan bertudung bagi presenter.
- AI hasilkan
- Dialog, first frame dan prompt video.
- Sesuai untuk
- Kebanyakan produk harian; titik mula yang paling mudah.
UGC 16 Saat dan Video 24 Saat
Skrip penuh ditulis dahulu, kemudian dijana sebagai beberapa segmen yang dicantum menjadi satu video.
- Anda kawal
- Sumber hook dan watak; segmen seterusnya dirujuk kepada frame pertama untuk mengekalkan watak.
- AI hasilkan
- Skrip penuh, storyboard, satu frame bagi setiap segmen.
- Sesuai untuk
- Produk yang memerlukan penerangan lebih panjang atau demo berperingkat.
UGC Talking Head
Presenter bercakap terus ke kamera, dengan arahan kreatif dirancang dahulu sebelum hook dan dialog ditulis.
- Anda kawal
- Sumber hook, jantina, umur dan pilihan bertudung.
- AI hasilkan
- Arahan kreatif, hook, dialog dan first frame.
- Sesuai untuk
- Produk yang dijual melalui penerangan, bukan demo.
Fashion dan video tanpa dialog
Fashion Wanita dan Fashion OOTD menunjukkan presenter memakai produk sambil bergaya. Goyang-Goyang dan Goyang Nampak Muka menonjolkan produk dengan gerakan ringkas. Tiada dialog dijana.
- Anda kawal
- Sumber hook bagi mode fashion, lingkungan umur, pilihan bertudung dan latar bagi sesetengah mode.
- AI hasilkan
- First frame dan prompt gerakan.
- Sesuai untuk
- Pakaian, aksesori dan produk yang lebih sesuai ditunjuk daripada diterangkan.
Video Memasak dan POV Dalam Kereta
Video Memasak membina resipi sebenar di sekitar produk. POV Dalam Kereta menunjukkan tangan sahaja di dalam kereta yang diparkir, tanpa muka.
- Anda kawal
- Pilihan watak atau tangan; sumber hook bagi POV Dalam Kereta.
- AI hasilkan
- Resipi atau skrip, storyboard dan frame bagi setiap segmen.
- Sesuai untuk
- Produk dapur dan makanan; aksesori kereta.
Custom GPT atau Gem
Arahan kreatif datang daripada Custom GPT atau Gem. Anda boleh guna link GPT sendiri atau preset GPT rasmi yang disediakan AffiliateBot.
- Anda kawal
- GPT yang digunakan, dan dengan itu gaya video keseluruhannya.
- AI hasilkan
- Extension mengendalikan sesi ChatGPT atau Gemini yang anda sendiri login untuk mendapatkan prompt.
- Sesuai untuk
- Creator yang mahu gaya tersendiri atau mahu mencuba banyak gaya bagi satu produk.
Senarai di atas mewakili kumpulan format utama. Extension mempunyai beberapa format lain yang telah dikeluarkan, dan senarai ini bukan senarai penuh.
Video Only vs Full Pipeline
Post Mode menentukan apa yang berlaku selepas video siap dijana.
Video Only
Extension berhenti sebaik sahaja video disimpan. Tiada caption dijana, tiada Showcase dan tiada posting. Ini cara untuk menyemak setiap video sebelum ia dipost.
Full Pipeline
Selepas video siap, extension terus menjana caption, menambah produk ke Showcase dan post melalui TikTok Studio. Tiada langkah kelulusan manual bagi setiap video.
Peringkat publishing — Showcase, TikTok Studio, link produk, Post Now dan Schedule — diterangkan dalam panduan auto post TikTok Affiliate.
Output, Muat Turun dan Simpanan
Video yang siap disimpan di dua tempat dalam komputer anda. Dashboard hanya menyimpan rekod job.
Dalam browser
Video disimpan dalam storage Chrome anda supaya boleh di-upload ke TikTok tanpa anda memilih fail.
Folder Downloads
Satu salinan disimpan ke folder Downloads, dalam subfolder mengikut tarikh. Salinan ini tidak dipadam secara automatik.
First frame
Imej permulaan tidak dimuat turun sebagai fail; ia kekal dalam projek Google Flow anda.
Dashboard
Dashboard menunjukkan sejarah job — tajuk produk dan status — bukan fail video. Rekod job mengandungi URL, tajuk dan gambar listing produk.
Video berbilang klip
Untuk mode 16 atau 24 saat, klip dimuat naik ke server compiler AffiliateBot untuk dicantum menjadi satu video, dimuat turun semula ke browser anda, dan fail di server dipadam selepas itu.
Jika penjanaan gagal
- Jika imej atau video gagal dijana atau melepasi had masa, job ditanda gagal bersama sebabnya dan batch meneruskan ke produk seterusnya.
- Untuk UGC Review, video dicuba sehingga tiga kali dengan prompt yang ditulis semula. Kebanyakan mode lain tidak mengulang video secara automatik.
- Jika Google Flow memaparkan notis had penggunaan atau kredit habis, job dihentikan dengan mesej berkenaan.
- Job yang gagal tidak diulang secara automatik; anda boleh retry dari side panel.
Butiran penuh tentang data yang dihantar dan disimpan ada dalam polisi privasi AffiliateBot.
Kualiti dan Had Video AI
Penjanaan video AI tidak sempurna dan hasilnya berbeza pada setiap cubaan. Tujuh perkara berikut tidak dijamin.
Tidak dijamin
- Produk dihasilkan semula dengan tepat
- Teks atau logo yang boleh dibaca
- Watak yang konsisten merentas klip
- Tangan dan gerakan yang betul
- Masa dialog yang tepat
- Penjanaan berjaya pada setiap cubaan
- FYP, sales atau commission
Semak sebelum post
- Produk dalam video sama dengan produk sebenar
- Teks pada skrin dieja dengan betul
- Dakwaan tentang produk adalah benar
- Label AI-generated content dihidupkan
- Video mematuhi polisi TikTok dan TikTok Shop
Penggunaan Bertanggungjawab
Creator bertanggungjawab memastikan produk digambarkan dengan benar, video dijana AI didedahkan, hak muzik dan media dipatuhi, dakwaan tentang produk boleh dibuktikan, dan polisi TikTok serta TikTok Shop dipatuhi. AffiliateBot ialah software pihak ketiga dan tidak dimiliki, ditaja atau disahkan oleh TikTok atau Google.
Jangan gunakan video AI untuk visual sebelum dan selepas yang mengelirukan, testimoni rekaan, atau hasil produk yang tidak benar. Jika video menunjukkan produk yang salah, atau dakwaan yang tidak disokong oleh seller, jangan post video itu.
Terma penggunaan ada dalam terma perkhidmatan AffiliateBot.
Contoh Frame Daripada Video Yang Dijana
Tiga frame berikut diambil daripada video yang dijana AffiliateBot. Ia dipilih untuk menunjukkan format yang berbeza — termasuk satu kesilapan AI yang biasa berlaku.



Untuk menonton video penuh dalam pelbagai gaya, lihat galeri contoh video AffiliateBot, atau kembali ke laman utama AffiliateBot.
Soalan Lazim Tentang AI TikTok Video Generator
Apa itu AI TikTok video generator?
AI TikTok video generator ialah software yang menggunakan AI untuk membantu menghasilkan video TikTok, merangkumi idea, hook, skrip, imej dan klip video. Cara ia bekerja berbeza mengikut produk: ada yang hanya menukar prompt kepada klip, dan ada yang bermula daripada maklumat produk sebenar seperti AffiliateBot.
Bagaimana AffiliateBot menghasilkan video daripada link produk?
Extension membaca maklumat produk daripada link TikTok Shop, AI menganalisis produk itu, kemudian hook dan skrip atau storyboard dihasilkan. Seterusnya extension menjana satu imej permulaan dan video dalam Google Flow, menyemak video itu, dan menyimpannya.
Apakah maklumat produk yang digunakan?
Tajuk, harga, penerangan, gambar, nama seller, rating dan bilangan review. AffiliateBot tidak membaca jumlah jualan, stok atau kadar komisen produk.
Adakah AffiliateBot menulis hook dan skrip?
Ya. Hook boleh dipilih daripada Hook Library atau ditulis oleh AI, dan AI menulis dialog, skrip penuh atau storyboard mengikut mode video. Dialog ditulis dalam Bahasa Melayu gaya percakapan Malaysia.
Boleh saya gunakan hook sendiri?
Boleh. Pilih Custom Hook dan tulis satu ayat bagi setiap video. Sebelum batch bermula, side panel memaparkan ayat mana untuk video mana supaya anda boleh sahkan. Anda juga boleh pilih No Hook.
Apa itu first frame?
First frame ialah imej permulaan yang dijana dahulu dalam Google Flow — biasanya presenter bersama produk. Video kemudian dijana daripada imej itu, jadi rupa babak pertama sudah ditetapkan sebelum video bermula.
Adakah AffiliateBot menggunakan gambar produk sebagai reference?
Ya. Satu gambar listing produk dilampirkan dalam Google Flow sebagai reference bagi imej permulaan. Jika gambar itu tidak dapat dilampirkan, job dihentikan dan tidak diteruskan dengan prompt teks sahaja.
Adakah AI akan mengekalkan produk dengan tepat?
Tidak semestinya. Reference dan arahan dalam prompt membimbing AI untuk mengekalkan warna, bentuk dan label, tetapi pembungkusan, teks dan logo masih boleh berubah. Semakan automatik AffiliateBot hanya berjalan jika anda menggunakan API key sendiri, dan ia hanya memastikan jenis produk masih sama, bukan butiran label.
Bagaimana AffiliateBot menggunakan Google Flow?
Chrome extension AffiliateBot bekerja dalam tab Google Flow yang anda sendiri login. Ia menetapkan tetapan, melampirkan reference, menaip prompt, menekan Generate, menunggu hasil, dan memuat turun video — langkah yang sama seperti anda buat dengan tangan.
Adakah AffiliateBot menggunakan Google Flow API?
Tidak. AffiliateBot tidak menggunakan API Google Flow dan bukan integrasi rasmi Google. Ia mengendalikan laman web Google Flow melalui browser automation dalam Chrome anda.
Adakah akaun Google perlu login dalam Chrome?
Ya. Akaun Google yang mempunyai akses ke Google Flow perlu login dalam Chrome profile yang sama dengan extension. Penjanaan menggunakan kuota Google Flow akaun anda sendiri.
Adakah laptop dan Chrome perlu hidup semasa generate video?
Ya. Penjanaan dikendalikan oleh extension dalam browser anda, jadi komputer dan Chrome perlu kekal hidup sehingga batch selesai.
Boleh saya review video sebelum post?
Boleh, dengan memilih mode Video Only. Extension berhenti selepas video disimpan ke folder Downloads, dan anda post sendiri selepas menyemaknya. Dalam Full Pipeline tiada kelulusan bagi setiap video.
Apa beza Video Only dengan Full Pipeline?
Video Only menjana video dan berhenti: tiada caption, tiada Showcase, tiada posting. Full Pipeline meneruskan kepada caption, Showcase dan posting melalui TikTok Studio tanpa kelulusan manual bagi setiap video.
Di mana video disimpan selepas siap?
Dalam storage browser Chrome anda, dan satu salinan dalam folder Downloads mengikut tarikh. Salinan dalam Downloads tidak dipadam secara automatik. Dashboard hanya menyimpan sejarah job, bukan fail video.
Apa berlaku jika generation gagal atau timeout?
Job itu ditanda gagal bersama sebabnya dan batch meneruskan ke produk seterusnya. Untuk UGC Review, video dicuba sehingga tiga kali dengan prompt baharu. Job yang gagal tidak diulang secara automatik, tetapi anda boleh retry dari side panel.
Boleh ke AI generate dialogue atau storyboard?
Boleh. Mode review menghasilkan dialog ringkas, manakala mode 16 dan 24 saat menghasilkan skrip penuh dan storyboard beberapa segmen. Audio dialog dihasilkan oleh model video Google Flow; AffiliateBot tidak mempunyai enjin suara sendiri.
Adakah AI video menjamin FYP, sales atau commission?
Tidak. AI mengurangkan kerja menghasilkan video, tetapi FYP, sales dan commission bergantung kepada produk, creative, audience dan platform TikTok.
Adakah video AI perlu dilabel?
Dalam Full Pipeline, extension menghidupkan label AI-generated content milik TikTok semasa posting. Jika anda post sendiri melalui Video Only, anda perlu menghidupkan label itu sendiri mengikut polisi TikTok.
Panduan Lain
Empat panduan lain dalam siri yang sama.
- TikTok Affiliate AutomationApa itu TikTok Affiliate automation, apa yang boleh diautomasi, dan untuk siapa ia sesuai.
- Cara Automate Step by StepPanduan sembilan langkah: persediaan, batch pertama, semakan hasil dan troubleshooting.
- Chrome ExtensionSeni bina extension, keperluan, cara pasang, kebenaran Chrome dan privasi data.
- Auto Post ke TikTokShowcase, upload di TikTok Studio, link produk, Post Now atau Schedule, dan bila langkah gagal.
Jana video TikTok Affiliate daripada maklumat produk sebenar
Kedua-dua pelan merangkumi Chrome extension, dashboard, tutorial setup dan support melalui WhatsApp.
Sudah ada akaun? Log masuk ke dashboard · Lihat butiran penuh pelan